Kursus ini khusus bagi orang dewasa, berumur 18 tahun dan ke atas, yang mahu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka menerusi pelajaran yang memberikan tumpuan kepada penggunaan Bahasa Inggeris harian dengan topik-topik sebenar dan tugasan bahasa yang praktikal.
APA YANG AKAN ANDA PELAJARI?
Pelajaran anda akan bertumpu kepada penggunaan Bahasa Inggeris harian dengan topik-topik sebenar dan tugasan bahasa yang praktikal.
Bina keyakinan lisan dan mendengar anda
- Meningkatkan kemahiran lisan anda dalam situasi sebenar
- Terima maklum balas peribadi mengenai pencapaian anda
Aktifkan Bahasa Inggeris anda di dalam kelas
- Gunakan Bahasa Inggeris dalam kelas: sentiasa diamalkan!
- Pelajari perkataan dan ungkapan penting untuk menyampaikan maksud anda
- Latih sebutan di dalam kelas bagi membantu anda bertutur secara semula jadi
Lanjutkan pembelajaran anda ke luar kelas
- Kukuhkan tatabahasa, perbendaharaan kata, kemahiran mendengar dan membaca anda dengan menyiapkan latihan dalam talian yang menyeronokkan dan interaktif berkaitan dengan pembelajaran anda dan terima maklum balas dengan segera.