Bahagian ini mengandungi maklumat mengenai penggunaan semua laman web British Council serta butiran mengenai polisi-polisi yang dipatuhi oleh British Council.

Syarat-syarat penggunaan dan polisi ini telah dikemas kini dari semasa ke semasa. Kali terakhir kandungan ini dikemas kini ialah pada 17 Februari 2014.

Syarat-Syarat penggunaan laman ini

British Council telah menyediakan maklumat terperinci tentang bagaimana anda boleh menggunakan laman ini. Di sini anda akan memperoleh maklumat tentang bagaimana laman ini telah direka bagi memudahkan orang ramai mengaksesnya. Anda juga akan mendapat maklumat di polisi "cookie" kami dan butiran tentang bagaimana untuk mengemukakan aduan.

SYARAT-SYARAT PENGGUNAAN

British Council mempunyai terma dan syarat tentang penggunaan laman ini dan pautan-pautan ke dan daripada laman ini. Anda boleh membaca terma dan syarat penuh kami dalam Bahasa Inggeris.

AKSESIBILITI

Kami telah berusaha sedaya upaya untuk menjadikan www.britishcouncil.my mudah digunakan oleh semua, tidak kira jenis pelayar yang anda pilih, dan sama ada anda menggunakan sebarang peralatan khas untuk mengaksesnya. 

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai langkah-langkah aksesibiliti laman web British Council dalam Bahasa Inggeris.

POLISI COOKIE

Laman web kami menggunakan cookies bagi membezakan anda dengan pengguna lain laman web kami tanpa menyimpan sebarang maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti tentang anda. Ini bagi membantu kami menyediakan anda pengalaman penggunaan yang lancar semasa anda melayari laman web kami dan juga membolehkan kami memperbaiki laman kami. 

Anda boleh membaca polisi penuh penggunaan cookies kami dalam Bahasa Inggeris.

MENGEMUKAKAN ADUAN

Kami amat menghargai pendapat anda. Kami berharap untuk menjadikan pengalaman anda berurusan dengan British Council suatu pengalaman yang memuaskan dan kami mengalu-alukan komen, cadangan dan butiran anda mengenai tahap kepuasan atau sebaliknya terhadap perkhidmatan yang anda terima semasa berurusan atau menggunakan sebarang produk atau perkhidmatan kami. Kami juga ingin anda kongsikan dengan kami mana-mana kakitangan yang telah memberikan anda perkhidmatan yang sangat memuaskan.

Anda boleh membaca polisi penuh cara untuk mengemukakan aduan kami dalam Bahasa Inggeris.

Polisi

Sebagai organisasi hubungan kebudayaan, British Council mempunyai polisi yang menjelaskan cara kami berurusan untuk melindungi privasi, kanak-kanak, persekitaran serta bagaimana kami memberikan kebebasan maklumat, dan memberikan peluang yang sama rata.

Sebarang peruntukan tempatan terhadap British Council Malaysia akan dijelaskan dalam seksyen ini.

Privasi

Kami amat menitikberatkan perlakuan yang sah dan betul terhadap maklumat peribadi dan menganggapnya penting kepada kejayaan operasi dan pengekalan keyakinan terhadap mereka yang berurusan dengan kami. Oleh yang demikian, kenyataan ini akan diguna pakai secara sama rata terhadap semua pejabat kami tanpa mengira lokasi mereka beroperasi.

Anda boleh membaca polisi penuh mengenai privasi kami dalam Bahasa Inggeris.

DASAR PERLINDUNGAN KANAK-KANAK

British Council mengakui bahawa kami mempunyai tanggungjawab penting dalam menjaga semua kanak-kanak yang berurusan dengan kami termasuk bertanggungjawab melindungi mereka daripada penderaan. Kami bersepakat dalam perkara ini selaras dengan undang-undang perlindungan kanak-kanak UK dan undang-undang berkaitan di setiap negara kami beroperasi, serta pematuhan terhadap Konvensyen Hak Asasi Kanak-kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCRC) 1989.

Anda boleh membaca polisi penuh mengenai perlindungan kanak-kanak kami dalam Bahasa Inggeris.

POLISI PERSEKITARAN

British Council komited dalam memenuhi piawaian UK dan antarabangsa dalam pengurusan kesan persekitaran kami. Kami mengiktiraf kesan operasi perniagaan kami dan aktiviti di persekitaran yang terlibat. Kami juga mengiktiraf ancaman perubahan iklim terhadap kesejahteraan, keadilan sosial dan kualiti hidup. Sehubungan itu, kami amat komited dalam menguruskan dan mengurangkan kesan alam sekitar kami. 

Anda boleh membaca polisi persekitaran penuh kami dalam Bahasa Inggeris.

KEBEBASAN MAKLUMAT

British Council amat berbangga dengan usaha sendiri dalam mencari cara baru dan terbuka untuk berurusan dengan masyarakat seluruh dunia. Dalam usaha untuk membina integriti dan kepercayaan, kami percaya pentingnya bagi kami untuk menunjukkan contoh yang baik dengan menjadikan organisasi kami lebih terbuka kepada dunia.

Anda boleh membaca polisi kebebasan maklumat penuh kami dalam Bahasa Inggeris.

PELUANG SAMA RATA DAN KEPELBAGAIAN

British Council mewujudkan peluang-peluang antarabangsa untuk warga UK dan negara lain serta membina kepercayaan antara mereka dengan seluruh dunia. Kerja-kerja kami melibatkan pembinaan perhubungan dengan orang ramai dari pelbagai latar belakang dan budaya. Bekerja secara efektif dengan kepelbagaian yang ada dan mempromosikan kesamarataan peluang merupakan antara bahagian penting dalam kerja kami.

Anda boleh membaca polisi penuh kami dalam Bahasa Inggeris bagi mengetahui bagaimana kami mewujudkan peluang sama rata dan kepelbagaian dalam program dan projek kami serta pegawai yang boleh dihubungi untuk maklumat lanjut.