Apakah pilihan pengajian yang tepat di UK?
United Kingdom menawarkan anda sistem pendidikan terkemuka bertaraf dunia, dengan kelayakan UK yang berupaya memberikan perbezaan yang besar kepada kerjaya anda.
Adakah anda ingin belajar di universiti, kolej, atau sekolah berasrama UK, atau belajar Bahasa Inggeris di UK? Jika ya, pilihan di bawah memberikan anda maklumat terkini mengenai kursus, kelayakan, institusi, syarat-syarat kemasukan dan maklumat berguna lain untuk memastikan anda mendapat pendidikan terbaik di UK.
Pada 2012, lebih daripada 500,000 pelajar antarabangsa melanjutkan pengajian untuk kelayakan UK, tanpa perlu ke UK untuk melengkapkan kursus mereka.
Kini terdapat peluang menarik untuk anda mendapatkan kelayakan UK bertaraf dunia, di mana-mana sahaja anda ditempatkan.
Pendidikan transnasional UK (UK TNE) ialah istilah yang bermaksud belajar untuk mendapatkan kelayakan UK. Terdapat beberapa cara yang berlainan untuk belajar:
- Dalam talian/kursus-kursus jarak jauh
- Kampus-kampus luar negeri UK
- Program latihan amali antarabangsa UK
Panduan untuk Kelayakan UK yang boleh didapati di Malaysia.