Apakah itu Kelas Bahasa Inggeris Khas?
Kelas Bahasa Inggeris Khas adalah bagi mereka yang ingin meningkatkan kemahiran bahasa Inggeris. Kelas-kelas diajar oleh guru-guru terpilih yang berkelayakan, yang menjalankan program latihan kursus CELTA Inggeris Cambridge. Kelas ini akan diselia oleh tutor Bahasa Inggeris Cambridge yang berkelayakan dan merupakan sebahagian daripada penilaian akhir guru-guru baru.  Kelas Bahasa Inggeris Khas hanya disediakan di Pusat pengajaran di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. 

Apakah tahap-tahap pembelajaran dan bilakah kelas-kelas tersebut?
Terdapat hanya dua tahap iaitu tahap asas dan tahap sederhana.
Kelas akan berlangsung pada waktu tengahari, hari bekerja dari jam 2:45 hingga 4:45 atau 5:00 petang.

Apakah tarikh kelas kelas tersebut dan berapa bab yang perlu diketahui?

Tarikh Kursus: 
Separuh masa: Isnin, Selasa dan Rabu
Dari Selasa, 16 Januari hingga Isnin, 19 Mac 2018
(dengan masa berehat dari Rabu,Februari 7 hingga Ahad, 25 Februari) 

Sepenuh masa: Isnin hingga Jumaat
Dari Isnin, April 2 hingga Khamis, April 26 

Sepenuh masa: Isnin hingga Khamis (tiada kelas pada hari Jumaat) 
Dari Selasa, 17 Julai hingga Khamis, 16 Ogos 2018 

Separuh Masa: Selasa dan Khamis
Dari Khamis, 4 Oktober hingga Khamis, 13 Disember 2018 

Bergantung kepada kursus dipilih, terdapat di antara 9 hingga 19 bab.

Apakah kos kelas ini?
Anda tidak perlu membayar sebarang yuran untuk kelas ini tetapi anda perlu memberi komitmen untuk menghadirkan diri untuk setiap kelas. Anda akan diminta  membayar deposit sebanyak RM300. Ini akan dikembalikan kepada anda jika anda menghadiri sekurang-kurangnya 80% daripada kelas-kelas yang anda mendaftar.

Bagaimana saya boleh memohon?
Selepas membuat keputusan tentang kursus anda ingin hadir, anda dikehendaki membuat temujanji (lihat di bawah) untuk menghadir diri ke WSD Teaching Centre, 142 C Jalan Ampang, Kuala Lumpur, untuk ujian penempatan. 

Anda akan menerima emel mengesahkan temujanji anda anda. Bawa e-mel ini bersama anda pada hari ujian penempatan.  Jika anda didapati mencapai tahap yang dikehendaki, anda boleh membayar deposit kursus anda dan anda akan diberikan maklumat mengenai kelas dan bilik kelas anda.

Siapa yang boleh memohon?

Anda mestilah berusia 18 tahun keatas. 

Bahasa Inggeris anda bertahap asas atau sederhana.

Rakyat Malaysia dan penduduk warga asing dengan akaun bank Malaysia (Maybank, RHB, CIMB, Public Bank dan HSBC.) yang ingin meningkatkan kemahiran Bahasa Inggeris.   

Di atas sebab - sebab yang khas, ada kemungkinan seseorang yang tidak mempunyai akaun bank di negara Malaysia boleh layak menyertai kelas ini.

Bila dan bagaimana boleh saya mendapat bayaran balik?

Selepas kursus anda telah selesai, deposit kehadiran penuh akan dikembalikan ke akaun bank anda jika anda telah menghadiri sekurang-kurangnya 80% daripada kelas-kelas. Anda akan dimaklumkan melalui e-mel apabila bayaran balik telah dibuat. Ia mengambil masa sekurang-kurangnya dua minggu atau lebih untuk memproses dan membayar balik wang ke akaun bank anda.   

Kami hanya membuat bayaran balik ke akaun dari bank Maybank, RHB, CIMB, Public Bank dan HSBC.  

Di atas keadaan yang khas, terdapat kemungkinan pihak kami akan membuat bayaran balik secara wang tunai yang dimana anda mesti datang dan mengutip bayaran tersebut di Pusat Pengajaran kami di Jalan Ampang. 

Jika anda menghadiri kurang daripada 80% dari kelas yang didaftar, tanpa mengambil kira sebabnya, kami tidak dapat membuat bayaran balik.

Tarikh ujian penempatan

Tarikh baru untuk ujian penempatan akan diadakan pada bulan Jun 2018.