SMART English adalah kursus intensif Bahasa Inggeris untuk menyediakan anda ke arah kerjaya, pelajaran dan kejayaan masa depan. Kurus ini akan menambah baik dalam semua aspek kehidupan anda.

Sewaktu mendaftar untuk kursus ini, anda perlu menduduki ujian penilaian Bahasa Inggeris di pusat pengajaran kami untuk menentukan tahap yang sesuai untuk anda. Pelan pembelajaran akan dibentangkan kepada anda supaya ia bersesuaian dengan objektif pembelajaran anda

Sorotan kursus

  • Bermula setiap minggu, sepanjang tahun
  • Bertemu dengan rakan-rakan dari lebih 70 negara

Muat turun brosur kursus di sini

Course information

  • Kelas Teras

    Menjadi pengguna yakin dan fasih dalam Bahasa Inggeris. Membina asas Bahasa Inggeris yang kukuh dengan mempelajari tatabahasa dan perbendaharaan kata penting dan meningkatkan kemahiran bertutur, sebutan, mendengar, membaca dan menulis.

  • Kemahiran umum

    Meningkatkan kemahiran bertutur, mendengar, membaca dan menulis melalui tugasan berdasarkan situasi kehidupan sebenar.

  • Kemahiran Akademik

    Membangunkan kemahiran bahasa anda dengan tumpuan khusus kepada bidang yang akan menyediakan anda untuk melanjutkan pelajaran di sekolah, kolej atau universiti.

  • Kemahiran Insaniah

    Menggunakan Bahasa Inggeris dalam pelbagai aspek kehidupan untuk membantu anda lebih maju. Topik termasuk pemikiran secara kritikal, bekerja dalam pasukan dan penyelesaian masalah.

Maklumat kursus lanjut
Maklumat

Persediaan menghadapi IELTS
Membangunkan kemahiran peperiksaan tertentu dan strategi untuk membantu anda meningkatkan prestasi anda dalam peperiksaan IELTS.

Program pembelajaran lanjut
Memaksimumkan pembelajaran anda dengan mengikuti program pengajian mingguan, menggunakan platform pembelajaran dalam talian British Council dan lain-lain sumber.

Kuala Lumpur
Masa Pelajaran

Hari Masa
Isnin hingga Jumaat 0900 atau 1315 atau 1330 atau 1745

Penang
Jadual waktu

Hari Masa
Rabu hingga Jumaat 14.00 to 17.15