benefits of learning English

Cari suara anda dengan myClass - sebuah komuniti pembelajaran aktif di mana anda boleh berlatih bahasa dengan rakan-rakan baru dan memberi semangat antara satu sama lain.

Belajar bersama, belajar lebih baik

myClass bukan setakat membantu membina kemahiran Bahasa Inggeris anda sahaja. Ruang pembelajaran kami menyediakan persekitaran yang kondusif di mana sesiapa sahaja boleh turut serta dan saling membantu satu sama lain dalam membina keyakinan.

Anda akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil untuk menyiapkan tugasan, di mana guru-guru akan memerhati, memberi nasihat dan maklum balas secara aktif. Tambahan lagi, dengan latihan bercakap yang kerap dalam kumpulan anda, anda akan membina kemahiran Bahasa Inggeris yang praktikal yang anda boleh gunakan sehari-hari.

Belajar lebih daripada satu bahasa

Tingkatkan kemahiran bahasa anda ke peringkat yang seterusnya dengan myClub, dengan pelbagai sesi sosial dan budaya yang percuma. myClub menyediakan peluang yang bagus untuk berhubung dengan pelajar lain dan berlatih Bahasa Inggeris di luar kelas anda.

Anda boleh meningkatkan kerjaya anda dengan sesi yang bertumpukan kepada Bahasa Inggeris korporat, menambah baik teknik bahasa dengan sesi-sesi perbendaharaan kata dan sebutan, atau hanya luangkan masa bersama rakan-rakan dalam sesi perbualan sosial kami.