Mengenai kursus ini

Bahasa Inggeris di Tempat Kerja ialah sebuah kursus Bahasa Inggeris separuh masa dan telah ditambah baik yang direka bentuk khusus untuk orang dewasa yang bekerjaya dan pelajar di peringkat pengajian tinggi yang inginkan komunikasi berkesan dalam komunikasi harian. Jadual kelas ditetapkan di waktu petang adalah bagi memastikan program ini dapat dipadatkan dalam jadual harian orang dewasa dan pelajar yang sibuk tetapi ingin menambah baik Bahasa Inggeris mereka.

Fokus pelajaran adalah untuk meningkatkan kemahiran bercakap, mendengar, membaca dan menulis selain membina keyakinan untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris yang akan membantu anda untuk berjaya dalam kerjaya dan menambah baik kehidupan sosial anda.

Sediakan diri anda ke arah kejayaan dengan meningkatkan kemahiran komunikasi dalam Bahasa Inggeris di Tempat Kerja hari ini!

Sila muat turun brosur kursus di sini.

Butiran kursus

Hari kelas Rabu & Khamis
Waktu Kelas 6.46 petang - 8.45 malam (untuk kedua-dua hari)
Jam Kursus 30 jam
Tahap Pra-Pertengahan
Pertengahan
Tarikh kemasukan 03 Jan – 28 Feb
28 Mar – 17 May
27 Jun – 15 Aug
19 Sep – 14 Nov

Pendaftaran

Pelajar hendaklah menduduki Peperiksaan Tahap Kemahiran sebelum mendaftar untuk kursus. Yuran Peperiksaan Tahap Kemahiran adalah berasingan iaitu sebanyak RM106.

Peperiksaan Tahap Kemahiran boleh diduduki pada bila-bila masa antara jam 9.30 pagi hingga jam 4 petang, daripada Khamis hingga Sabtu. Sesi tersebut mengambil masa dalam 1 jam setengah, termasuk pendaftaran.

Hubungi kami di 04-2559000 atau tempah secara dalam talian untuk dapatkan temujanji.