Primary Plus English Course for age 5-11

Keutamaan kami adalah untuk memastikan semua orang selamat sambil memastikan gangguan minimum terhadap pengalaman pembelajaran bahasa Inggeris anak anda. Ketahui lebih lanjut tentang langkah keselamatan kami.

 

Kursus Bahasa Inggeris yang pergi lebih jauh - jadi anak anda juga boleh pergi lebih jauh

Primary Plus, yang dibangunkan oleh pasukan pakar bahasa Inggeris kami, akan mencetuskan imaginasi anak anda, supaya mereka dapat menyatakan pendapat mereka dengan keyakinan yang melampaui kemahiran bahasa Inggeris mereka.

Pendekatan baharu kami bermakna anak anda akan mendapat pengalaman pembelajaran yang lebih bermanfaat, memanfaatkan sepenuhnya pembelajaran bahasa Inggeris dengan gabungan:

  • kelas yang meriah dengan guru pakar 
  • pembelajaran berdikari, ditetapkan oleh guru anak anda untuk menyediakan mereka untuk kelas – semuanya pada hab pembelajaran yang selamat dan mudah digunakan.

Pada hab pembelajaran tersebut anda akan mendapat akses kepada papan pemuka peribadi anak anda. Anda boleh menjejaki kemajuan mereka bersama-sama, meraikan kejayaan mereka dan memahami di mana mereka berada dalam perjalanan pembelajaran mereka.

Gambaran keseluruhan kursus

Tempoh: 10 minggu

Umur: 5-11 tahun

Janji kami kepada anda:

  • Jika anda memilih kursus bersemuka dan kami perlu menutup pusat pengajaran selaras dengan garis panduan kerajaan, kami menjamin bahawa kelas anak anda akan diteruskan dalam talian. 
  • Kelas dalam talian akan termasuk bilangan jam yang sama seperti kelas bersemuka.
  • Kelas dalam talian akan diadakan dengan guru yang sama, rakan sekelas yang sama dan pada masa yang sama.

Kelas yang meriah dengan guru pakar untuk meningkatkan kemahiran bertutur bahasa Inggeris

Pelajar yang gembira menjadikan penutur yang berkeyakinan! Terdapat banyak sebab anak anda akan menyukai kelas kami:

  • banyak masa untuk berlatih bertutur bahasa Inggeris, berseronok belajar dengan rakan sekelas yang sebaya dalam kumpulan dan pasangan
  • saiz kelas yang kecil bermakna guru kami yang berkelayakan tinggi dan bersemangat tinggi boleh memberikan perhatian yang lebih diperibadikan
  • peluang untuk menikmati interaksi semula jadi dan ikatan dengan rakan sekelas.

Mengembangkan kemahiran hidup yang diperlukan oleh anak anda untuk masa depan mereka

Anak anda juga akan mengembangkan kemahiran kepimpinan, kerjasama dan pemikiran kritis dalam persekitaran santai yang mereka boleh menjadi diri mereka sendiri. Mereka akan:

  • bekerja dalam pasukan atau berpasangan untuk berlatih bertutur, menyelesaikan masalah dan bekerjasama dalam projek dengan menumpukan kepada topik dunia sebenar seperti dunia semula jadi dan alam sekitar
  • membina daya tahan dan membiasakan diri untuk berkomunikasi dan bekerjasama dengan orang lain sebagai persediaan menghadapi kehidupan dalam dunia global.

Cara hab pembelajaran membantu anak anda membuat lebih banyak kemajuan

Anak anda akan membuat pembelajaran berdikari pada hab pembelajaran sebelum dan selepas kelas. Ia ditetapkan oleh guru mereka untuk diselesaikan mengikut kelajuan mereka sendiri, jadi masa kelas lebih tertumpu kepada meningkatkan kemahiran berbahasa Inggeris mereka. Ini sebahagian daripada pengalaman mereka:

  • membantu anak anda meningkatkan kemahiran membaca, menulis dan mendengar bahasa Inggeris mereka dengan sumber pembelajaran dalam talian berkualiti tinggi yang menarik yang dirancang oleh pakar
  • memastikan anak anda bermotivasi dengan latihan dan aktiviti dalam talian, termasuk kuiz dan permainan berdasarkan topik dunia sebenar dan watak yang menyeronokkan
  • memberi mereka ruang untuk mendalami pemahaman bahasa Inggeris dan meningkatkan tatabahasa dan perbendaharaan kata mereka
  • mesra kanak-kanak dan mudah digunakan, jadi mereka boleh bekerja secara berdikari
  • mempunyai penilaian kendiri terbina dalam, jadi anak anda boleh berasa bangga dengan kemajuan mereka dan merenungkan perkaran yang bole ditambah baik
  • termasuk papan pemuka yang diperibadikan supaya anda dan anak anda boleh memahami kedudukan mereka dalam perjalanan pembelajaran
  • membantu anak anda merasakan manfaat perdediaan, menjadikan mereka berasa lebih yakin untuk bertutur di dalam kelas
  • membantu membina tabiat yang baik dan suka belajar bahasa Inggeris.

Temui hab pembelajaran

Anak berumur 5-7 anda akan:

  • belajar cara menulis cerita dan membaca bahasa Inggeris dengan yakin
  • membina ayat yang tepat, menggunakan perbendaharan kata baharu 
  • memahami dan menyampaikan idea mereka dalam bahasa Inggeris mengenai topik yang biasa.

Mereka akan melakukan ini dengan: 

  • mengetahui bahawa setiap orang adalah unik dalam perkara yang mereka sukakan, tidak sukakan dan minati
  • menyedari bahawa kehidupan seharian boleh serupa atau berbeza 
  • menerangkan persekitaran mereka sendiri, dari bilik tidur mereka hingga kawasan kejiranan mereka
  • menyedari cara mereka meluahkan perasaan dan membuat pilihan hidup
  • memikirkan tentang alam semula jadi dan cara mereka berada di dalamnya.

Anak berumur 8-9 anda akan:

  • belajar dan berlatih perbendaharaan kata baharu pada topik yang biasa, dalam aktiviti seperti menulis secara kreatif
  • membaca secara berdikari dan membentuk minat dalam pelbagai topik.

Mereka akan melakukan ini dengan:

  • mengembangkan imaginasi mereka melalui penceritaan 
  • memupuk rasa ingin tahu tentang alam semula jadi, dari laut hingga ke angkasa lepas 
  • berfikir tentang dan berkongsi idea tentang cara untuk kekal bahagia dan sihat
  • meneroka cara untuk menjadi warganegara yang baik 
  • merenung kehidupan, minat dan harapan mereka untuk masa depan.

Anak berumur 10-11 anda akan:

  • belajar menulis cerita dan membaca dengan lebih yakin dalam bahasa Inggeris
  • menyampaikan dan membandingkan idea dan pendapat dengan menggunakan bahasa yang lebih kompleks.

Mereka akan melakukan ini dengan:

  • menggunakan kemahiran dan pengetahuan mereka untuk membantu orang lain 
  • meneroka isu yang mempengaruhi masyarakat dan alam sekitar dan mencari penyelesaian
  • mengetahui tentang tempat, budaya, idea dan ciptaan
  • menemui dunia sukan yang menarik dan keindahan seni 
  • mengimbas kembali masa sekolah rendah dan memikirkan harapan mereka untuk masa depan.

Tempat yang selamat dan menyokong untuk belajar

Kami dipercayai oleh ibu bapa di seluruh dunia, bukan sahaja untuk kepakaran kami dalam mengajar bahasa Inggeris, tetapi untuk tahap perlindungan kanak-kanak kami yang tinggi.

Kami telah melaksanakan langkah yang kukuh untuk memastikan anak anda selamat semasa di kelas dan data mereka dilindungi.

Keperluan teknikal

Hab pembelajaran boleh diakses menggunakan komputer meja, komputer riba atau tablet. 

Kami tidak mengesyorkan penggunaan telefon mudah alih atau tablet kerana kami ingin memastikan semua pelajar kami menikmati pengalaman pembelajaran yang berkualiti.  

Anda juga memerlukan sambungan wifi yang baik.

Ketahui lebih lanjut tentang keperluan sistem

Kongsi maklumat ini