Teacher showing students vocabulary using an iPad

Belajar Bahasa Inggeris daripada guru-guru yang berpengalaman, mesra dan mempunyai kelayakan antarabangsa. Kami bekerjasama dengan para pelajar kami untuk membantu mereka melakukan yang terbaik dan mencapai matlamat mereka.

Mesra, Kukuh, Sentiasa Menyokong

Pasukan kami yang terdiri daripada 50 guru dilatih untuk membantu para pelajar mencapai matlamat mereka. Kami menyokong para pelajar dalam pembelajaran mereka dan mendorong mereka untuk melakukan yang terbaik.

Berkelayakan

Guru-guru kami merupakan profesional dengan kelayakan bertaraf dunia dalam mengajar orang dewasa dan kanak-kanak serta menerima latihan berterusan setiap tahun daripada British Council.

Berpengalaman dan Terkini

British Council telah membantu pelajar selama 75 tahun dan guru-guru kami mengetahui kaedah, teknik dan teknologi terkini dalam pengajaran Bahasa Inggeris.