Course information

  • BERAPA KERAP KELAS DIADAKAN?

    Setiap Rabu

  • BERAPA LAMAKAH SETIAP KELAS?

    2 jam

  • BERAPA LAMAKAH SETIAP KURSUS?

    16 minggu bagi setiap penggal

  • BAGAIMANA UNTUK MENDAFTARKAN DIRI

    Sila kunjungi pusat Mutiara Damansara kami untuk maklumat lanjut

Mengenai kursus ini
Fonik

Kursus Fonik kami yang baharu dan menarik ini menggabungkan amalan positif daripada program  ‘Huruf dan Bunyi’ (‘Letters and Sounds’) dan ‘Fonik Riang’ (‘Jolly Phonics’) untuk mewujudkan pengalaman pembelajaran pelbagai deria. Kursus ini ditujukan kepada kanak-kanak yang menghadiri P1. Mereka diajar melalui pelbagai aktiviti menyeronokkan dan pelbagai deria untuk membantu mereka mengingati bunyi dan menggabungkannya untuk membuat perkataan yang bersesuian dengan umur dan untuk membina ayat. Kursus kami diajar oleh guru-guru British Council yang sangat berpengalaman dan terlatih dalam pengajaran Fonik.

Dengan mengikuti kursus ini, anak anda akan: 

  • mempelajari bunyi 42 huruf
  • mempelajari kemahiran tulisan tangan dan pembentukan huruf
  • mempelajari bagaimana untuk menggabungkan bunyi untuk membuat perkataan
  • mengenal pasti bunyi dalam perkataan dan membahagikannya untuk mengeja
  • diperkenalkan kepada perkataan rumit  – perkataan yang tidak boleh dinyahkod menggunakan fonik
  • belajar tentang ejaan alternatif – berlainan ejaan tetapi sama sebutan  
  • belajar menulis apa yang boleh mereka katakan 

Setelah tamat siri kursus Fonik kami, anak anda akan beroleh kemahiran fonik dan boleh membaca dan menulis berdasarkan bunyi.

Hasil pembelajaran
Perkembangan

  • Untuk memupuk keyakinan membaca dan mengeja (Pada akhir siri kursus, kanak-kanak boleh menggunakan bunyi huruf dengan yakin untuk membaca dan mengeja.)
  • Menggunakan bunyi huruf untuk membunyikan perkataan baharu
  • Menggunakan bunyi huruf untuk membantu mereka mengeja
  • Mengembangkan kemahiran motor dan kebolehan untuk membentuk huruf dengan betul
  • Membaca dan mengeja perkataan rumit yang kerap digunakan
  • Menulis apa yang boleh mereka katakan dalam rangkai kata atau ayat pendek

Jadual Waktu
Jadual

  Hari  Masa Umur Lokasi
Fonik  1 dan 2 Rabu 15.00 hingga 17.00 5 hingga 7 tahun Mutiara Damansara (Kompleks Membeli-Belah The Curve)