A person using MyTutor on a computer

Apakah MyTutor?

MyTutor adalah perkhidmatan tutor peribadi yang menawarkan pelajaran Bahasa Inggeris dalam talian selama 30 minit dengan tutor yang diluluskan oleh British Council. Sama ada anda mempelajari bahasa Inggeris untuk kerjaya, perkembangan diri atau percutian, MyTutor adalah cara yang menyeronokkan dan interaktif untuk membangunkan kemahiran yang anda perlukan.

Tutor kami yang berkelayakan akan membangunkan pelan kajian dengan fokus kepada pencapaian matlamat anda. Sebagai mentor, mereka akan mendapatkan satu langkah dan pendekatan yang khas untuk anda. Setiap sesi adalah berbentuk perbualan dan direka untuk membolehkan anda bercakap dengan yakin.

Pembelajaran fleksibel dan secara peribadi

Sesi seorang-dengan-seorang sepenuhnya disesuaikan dengan keperluan anda; pilih topik atau kemahiran yang anda mahu perbaiki, atau pilih dari pelan pembelajaran. Jika anda tidak pasti, anda boleh mendapatkan cadangan pakar dari tutor anda. Selepas setiap pelajaran, tutor anda akan memberi maklum balas terperinci tentang prestasi pembelajaran anda.

Tutor kami boleh didapati 24/7 - termasuk hujung minggu dan cuti - jadi anda boleh merancang pelajaran pada bila-bila masa yang anda mahukan.

Bermula

  • Daftar untuk pelajaran pertama anda untuk RM5
  • Ambil ujian pendek supaya tutor anda dapat mengetahui tahap anda
  • Pilih tutor dan susun jadual pelajaran pertama anda
  • Dapatkan maklum balas terperinci dan pelan pembelajaran peribadi

Tiada muat turun diperlukan. Apa yang anda perlukan ialah komputer, Google Chrome, kamera web, mikrofon dan sambungan internet.

Selepas pelajaran pertama, anda akan mendapat akses kepada pelan pembelajaran peribadi yang penuh - termasuk topik tatabahasa dan percakapan - untuk dilakukan bersama tutor anda. Anda boleh menempah sesi 30-minit seterusnya dengan tutor anda dalam pakej 3, 10 atau 20 sesi.

Belajar dari yang terbaik

Tutor kami mempunyai pengalaman unik untuk memahami kemahiran bahasa Inggeris yang diperlukan untuk berjaya dalam mana-mana tempat kerja moden. Setiap tutor mempunyai kelayakan pengajaran dan juga bekerja dalam suasana profesional dengan pengalaman dalam pelbagai bidang termasuk perbankan, pemasaran, jualan, HR dan banyak lagi.

Anda boleh bertemu tutor kami menerusi persembahan video pendek mereka untuk lebih memahami pengalaman profesional, latar belakang pendidikan dan cara percakapan mereka. 

Sistem kami membantu anda berada di landasan, memantau kemajuan anda dan mencapai matlamat anda.