Sertai jutaan mereka yang telah mengamanahkan kami untuk memberikan anak anda permulaan yang sewajarnya.

Berikan anak anda kelebihan dalam pendidikan mereka dan seterusnya

Berkeyakinan untuk  berbahasa Inggeris boleh memberi kelebihan kepada anak anda  di sekolah, universiti dan dalam kerjaya mereka. Sebagai pakar dalam pengajaran Bahasa Inggeris pada peringkat global, anda boleh mengharapkan kami untuk merealisasikannya.

Pasukan guru pakar global kami 

Guru-guru kami dengan kelayakan bertaraf antarabangsa menyampaikan pelajaran berkualiti tertinggi. Setiap pelajaran adalah pengalaman yang unik dan tertumpu pada pembangunan kemahiran yang diperlukan oleh anak anda untuk maju ke hadapan. 

Berselaras dengan pembelajaran anak anda

Melalui komunikasi berkala dengan guru-guru kami melalui portal pembelajaran kami, e-mel, bengkel ibu bapa dan laporan setiap penggal membolehkan anda mengikuti perkembangan anak anda.

Manfaat untuk anak anda:

  • Bercakap, membaca dan menulis dengan lebih yakin
  • Pemantauan kemajuan anak anda secara berterusan oleh guru 
  • Belajar tatabahasa dengan cara yang menyeronokkan dan menarik 
  • Pelajaran yang mencabar yang menggalakkan interaksi
  • Projek menarik untuk merangsang kreativiti anak anda dalam berbahasa Inggeris
  • Tugasan penyelesaian masalah yang membentuk pemikiran kritis dan kemahiran sepanjang hayat
  • Akses kepada pertandingan dan aktiviti antarabangsa 
  • Persekitaran yang selamat dan terjamin

Pilih cara terbaik untuk anak anda belajar: