Ini adalah terma dan syaran bagi kursus yang ditawarkan oleh British Council.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan kursus, jadual dan yuran sila hubungi kami di sini.

Cara pembayaran

  • Kami menerima tunai, kredit kad (MasterCard atau Visa), cek atau draf bank dalam Ringgit Malaysia. Cek dan draf bank hendaklah dibuat ke atas nama  ‘British Council’.  Nama penuh pelajar dan nombor pelajar hendaklah ditulis dibelakang cek.
  • Kami tidak boleh menerima bayaran dalam bentuk bayaran ansuran. Semua yuran hendaklah dibayar secara penuh sewaktu pendaftaran.

Pemindahan

  • Sekiranya pelajar ingin dipindahkan kepada tahap lain, perkara ini hendaklah dipersetujui oleh guru kelas dan Pengurus. Apa-apa pemindahan kepada tahap lain adalah tertakluk kepada kekosongan dalam kelas tersebut.
  • Pegawai Perhubungan Pelanggan kami akan membantu pelajar yang ingin mengubah waktu kelas mereka. Apa-apa pemindahan kepada tahap lain adalah tertakluk kepada kekosongan dalam kelas tersebut.
  • Pemindahan kepada pusat lain akan dikaji mengikut kes dan tertakluk kepada caj pentadbiran sebanyak RM159.00.

Pembayaran balik dan Kredit – Ujian penilaian

  • British Council Kuala Lumpur tidak memberikan kredit dan pembayaran balik untuk ujian penilaian

Pembayaran balik dan Kredit – Yuran kursus

  • British Council Kuala Lumpur akan memberikan kredit dan pembayaran balik dalam keadaan berikut:
  1. Penyakit yang serius. Kami memerlukan anda untuk menunjukkan sijil sakit sebagai bukti.
  2. Pindah ke lokasi yang baharu, yang mana tidak kondusif untuk berulang ke British Council Kuala Lumpur.  Kami memerlukan bukti bertulis berkenaan perkara ini.
  3. Perubahan jadual waktu akademik. Kami memerlukan surat daripada pengetua sekolah/universiti atau kolej.
  4. Alasan-alasan yang munasabah seperti kematian atau penyakit serius ahli keluarga. Kami memerlukan sijil kematian atau dokumen-dokumen berkaitan daripada hospital atau doktor.
  • Bila kelas dibatalkan oleh British Council kami akan memberikan bayaran balik kecuali kelas yang dibatalkan di luar kawalan kami (force majeure). Dalam hal ini, kami akan mengambil langkah-langkah alternatif termasuk pembelajaran secara atas talian atau menggantikan kelas. Pembayaran balik akan dibuat hanya apabila tiada alternatif diberikan. 
  • Pelajar Muda yang berdaftar untuk lebih daripada 1 penggal dan ingin memohon untuk kredit atau pembayaran balik akan kehilangan jaminan penempatan. Yuran pentadbiran sebanyak RM159.00 akan dikenankan.
  • Kredit dan pembayaran balik tidak diberikan selain daripada keadaan di atas. Semua permohonan untuk pembayaran balik dan pemindahan hendaklah dilakukan secara bertulis. Permohonan tersebut hendaklah sampai kepada kami pada hari sebelum kelas bermula dan yuran pentadbiran sebanyak  RM159.00 akan dikenakan.
  • Tiada bayaran balik atau kredit akan diberikan setelah kelas bermula. Kredit yang diluluskan adalah sah bagi tempoh 6 bulan. Pembayaran balik yang diluluskan akan mengambil masa 2 minggu untuk diuruskan.

Pelajar yang memegang Visa Pelajar British Council

Sila rujuk terma dan syarat untuk pemegang visa pelajar.

Kursus yang diluluskan PSMB

Semua kursus myClass (separuh masa) kami diluluskan PSMB (Pembangunan Sumber Manusia Berhad). Kami boleh membantu anda dengan borang PSMB setelah kami sahkan tahap anda.

Syarikat yang berhasrat untuk menaja pekerja untuk mempelajari Bahasa Inggeris di British Council hendaklah melengkapkan borang tajaan.

Apa-apa perubahan kepada terma dan syarat kami akan dikemaskini di sini.