Mengenai kursus ini

SMART English adalah kursus lengkap untuk menyediakan anda untuk dunia kerjaya, pelajaran dan kehidupan. Program pelajaran yang unik ini memastikan bahawa anda dilengkapi dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk membawa kejayaan masa depan anda ke laluan pantas.

Disebabkan Bahasa Inggeris banyak digunakan di tempat-tempat kosmopolitan seperti Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, anda boleh mengamalkan pembelajaran anda dari saat anda melangkah keluar dari Pusat-Pusat Pengajian kami.

Penyerlahan Kursus ini

  • Mulakan kursus ini setiap minggu, sepanjang tahun
  • Tingkatkan prestasi keseluruhan kemahiran Bahasa Inggeris anda pada ketika sama anda bertumpu pada kepakaran pilihan anda: IELTS, Kemahiran Am atau Kemahiran Akademik
  • Penyertaan percuma sesi-sesi 'myClub' tersedia dengan input tambahan mengenai Tatabahasa dan Perbendaharaan Kata, Penyebutan dan Bahasa Inggeris Pergaulan
  • Sertai acara-acara sosial SMART yang memberi peluang yang baik untuk anda berseronok sambil mengamalkan pergaulan Bahasa Inggeris dengan rakan-rakan sekelas anda di luar persekitaran kelas.

Maklumat Visa untuk Warganegara Asing

Anda boleh memohon visa pelajar jika anda mendaftar untuk kursus Bahasa Inggeris sepenuh masa dengan kami. Kami akan membantu anda menyerahkan permohonan visa anda tetapi kelulusan muktamad akan dibuat oleh Jabatan Imigresen Malaysia. Kami akan menghubungi anda untuk memberitahu anda sama ada permohonan anda telah diluluskan atau ditolak. Sila ambil perhatian bahawa kami tidak dapat membantu dalam mendapatkan visa pasangan hidup, anak atau keluarga.

Tempah ujian penempatan

Waktu kelas dan yuran

Peringkat-peringkat yang tersedia: Asas, Pra-Perantaraan, Perantaraan, Perantaraan Atasan

Yuran kursus - 40 MYR sejam

KL (Wisma Golden Eagle Realty)

Hari Masa
Isnin hingga Khamis 9.00pg hingga 1.20tgh atau 1.40tgh hingga 6.00ptg
Jumaat 9.00pg hingga 1.20tgh atau 2.15ptg hingga 6.35ptg

Pulau Pinang (Wisma Great Eastern)

Hari Masa
Rabu & Khamis 10.00pg hingga 1.15tgh atau 2.00ptg hingga 5.15ptg
Jumaat 2.15ptg hingga 5.30ptg