Mula pada bulan September 1 kelas seminggu untuk tempoh 10 minggu
Kuala Lumpur, Damansara dan Pulau Pinang 12-14 tahun (Menengah Rendah) dan 15-17 tahun (Menengah Atas)

Bukan sekadar kursus bahasa Inggeris sahaja – belajar bahasa Inggeris pertuturan untuk dunia sebenar

Secondary Plus bukan kursus bahasa Inggeris biasa – kursus ini telah direka bentuk oleh pakar bahasa Inggeris dunia. Anda akan menikmati pelajaran dinamik tentang topik kehidupan sebenar yang menyediakan anda untuk dunia global.

Praktikal. Mencabar. Amali.

Bahasa Inggeris pertuturan anda akan bertambah baik seiring dengan bahasa Inggeris penulisan anda apabila:

  • bertambah yakin bertutur dalam bahasa Inggeris melalui aktiviti-aktiviti seperti pembentangan, debat ria, menulis blog video dan temuramah
  • belajar tentang topik dunia sebenar seperti perbandaran, alam sekitar, makanan beretika dan perubahan iklim
  • membangunkan kemahiran kehidupan seperti kerjasama dan kepimpinan untuk membantu anda berjaya pada masa depan dan berseronok semasa.

Rasa dialu-alukan dalam kelas yang mesra

Belajar bahasa Inggeris dengan mudah dalam ruang pembelajaran yang inklusif, dengan orang yang sebaya dengan anda. Guru anda yang berdedikasi dan berbakat akan melayan anda sebagai individu dan mendorong anda untuk mengambil tanggungjawab atas pembelajaran anda.

Anda juga boleh berlatih bahasa Inggeris anda di mana-mana sahaja atau di rumah menggunakan Secondary Dalam Talian.

Apabila anda belajar dengan kami, dunia terbuka luas

Secondary Plus akan membantu anda untuk berjaya di sekolah, bersedia untuk peperiksaan bahasa Inggeris Cambridge dan membuat persediaan untuk universiti.

Berkawan, belajar dan melancong – apabila anda boleh bertutur dalam bahasa Inggeris, anda bersedia untuk apa sahaja.