Anak anda perlu cemerlang dalam peperiksaan seperti UPSR atau bersedia untuk cabaran di sekolah menengah atau sekolah antarabangsa. Rendah Atasan direka untuk membentuk keyakinan, bahasa dan kemahiran yang mereka perlukan untuk berjaya. Selain tatabahasa dan bahasa, pendekatan komunikasi pembelajaran kami memupuk pembangunan peribadi, emosi dan sosial dan membangunkan kemahiran hidup:

  • Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah
  • Kolaborasi dan komunikasi
  • Kreativiti dan imaginasi
  • Kepimpinan dan perkembangan diri

Course information

  • BERAPA KERAP KELAS DIADAKAN?

    Setiap Sabtu dan Ahad

  • BERAPA LAMAKAH SETIAP KELAS?

    2 jam

  • BERAPA LAMAKAH SETIAP KURSUS?

    10 minggu untuk setiap penggal

  • BAGAIMANA SAYA BOLEH MENDAFTAR ANAK SAYA?

    Lawati pusat kami di Kuala LumpurMutiara Damansara dan Pulau Pinang untuk mendaftarkan anak anda untuk kursus ini.

    Ibu bapa boleh menggunakan sistem tempahan atas talian di sini untuk membuat temu janji untuk ujian penilaian anak anda atau lawati pusat-pusat kami.

Soalan kerap ditanya

Sebab-sebab untuk mendaftar
Masa depan anak anda

Kelas yang ceria dan interaktif

Kami menggunakan pelbagai aktiviti yang menyeronokkan untuk memastikan pelajar-pelajar sentiasa tertawan dengan pembelajaran mereka termasuk pembentangan, permainan, projek berkumpulan dan lakonan. Kami tahu bahasa ialah untuk komunikasi dan kami menggalakkan semua pelajar untuk memberi pendapat dan memberi input kepada kelas. Kanak-kanak suka cara pembelajaran ini! 

Kemahiran sepanjang hayat

Pendekatan kami menyokong perkembangan peribadi, emosi dan sosial dan juga untuk membentuk kemahiran hidup yang penting:

  • Pemikiran kritis dan penyelesaian masalah
  • Kolaborasi dan komunikasi
  • Kreativiti dan imaginasi
  • Kepimpinan dan perkembangan diri

Bahasa Inggeris untuk jangka panjang

Menguasai bahasa memberikan kelebihan untuk masa sekarang dan masa hadapan. Kami menggalakkan pelajar-pelajar untuk melihat sendiri cara belajar yang berkesan untuk mereka dengan meneliti kemajuan diri dan rakaman mengenai apa yang mereka telah belajar. Kemahiran ini memastikan kanak-kanak dapat melihat sendiri kemajuan diri sekarang dan dapat terus belajar walaupun setelah meninggalkan bilik darjah. 

Contoh Pelajaran
Tabiat Sihat

Dalam pelajaran ini, pelajar akan belajar mengenai 'piramid makanan' sebelum membuat kajian dan penilaian diet rakan sekelas mereka. Mereka akan membentangkan penemuan dalam kumpulan dan menulis laporan dengan menggariskan berkenaan tabiat pemakanan rakan-rakan sekelas.

Kemahiran yang terhasil:

Pengucapan awam – bagaimana untuk membuat pembentangan ringkas dan bercakap dengan yakin di khalayak ramai.
Menulis laporan - bagaimana untuk membuat rumusan sesuatu maklumat dengan tepat menggunakan genre yang bersesuaian. 

Matlamat pembelajaran kanak-kanak secara menyeluruh

Pemikiran kritis: mengklasifikasi jenis makanan dan menyokong pilihan mereka
Kolaborasi dan komunikasi: bekerjasama untuk merancang dan membuat pembentangan berkumpulan
Kepimpinan: menunjukkan keyakinan diri dalam pengucapan awam dan kerja berkumpulan

Pusat Mengajar
Tarikh bermula

Pusat Mengajar TARIKH PENGAMBILAN BERIKUT - Daftar awal untuk dapatkan ruang waktu yang sesuai
Kuala Lumpur 7 September 2019
The Curve, Mutiara Damansara 7 September 2019
Penang 14 September 2019