About this course

SMART English merupakan kursus lengkap yang akan menyediakan anda ke arah kejayaan dalam kerjaya, pelajaran dan masa hadapan. Kursus ini menawarkan lebih daripada pembelajaran Bahasa Inggeris semata-mata ia membolehkan anda berinteraksi dengan lebih baik dari keseluruhan aspek kehidupan.

Sorotan Kursus

  • Bermula setiap minggu, sepanjang tahun
  • Belajar dan jelajahi dengan rakan-rakan daripada lebih 70 negara

Anda boleh memohon visa pelajar jika anda mendaftar untuk kursus Bahasa Inggeris sepenuh masa dengan kami. Kami akan membantu anda dengan permohonan visa tersebut tertakluk kepada kelulusan Jabatan Imigresen Malaysia. Kami akan hubungi anda untuk memaklumkan jika ia telah diluluskan atau sebaliknya. Sila ambil maklum bahawa kami tidak boleh membantu untuk visa bagi pasangan, anak atau visa keluarga.

Maklumat kursus

Teras Kelas
Menjadi pengguna Bahasa Inggeris yang yakin dan fasih. Bina asas Bahasa Inggeris yang kukuh dengan mempelajari tatabahasa penting dan perbendaharaan kata dan membangunkan kemahiran bercakap, sebutan, mendengar, membaca dan menulis.

Kemahiran am
Tingkatkan kemahiran bercakap, mendengar, membaca dan menulis melalui tugasan latihan amal.

Kemahiran Akademik
Bangunkan kemahiran bahasa dengan fokus pada bidang tertendu yang akan membantu anda untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah, kolej atau universiti.

Persediaan IELTS
Bangunkan kemahiran peperiksaan tertentu dan strategi untuk membantu anda meningkatkan prestasi dalam peperiksaan IELTS.

Kemahiran Insani
Gunakan Bahasa Inggeris anda dengan sebaiknya semasa menguasai kemahiran insani untuk anda terus maju dalam kehidupan. Tajuk-tajuk adalah termasuk pemikiran kritis, bekerja dalam kumpulan dan penyelesaian masalah.

Program Pembelajaran Lanjutan
Maksimumkan pembelajaran anda dengan mengikuti program pembelajaran mingguan, menggunakan platfom atas talian British Council dan sumber-sumber lain yang telah dipilih dengan teliti.

Tempah ujian penilaian

Soalan kerap ditanya

Klik di sini untuk membacanya

Jadual kelas di Kuala Lumpur

Pagi/Petang Hari Masa
Pagi Isnin hingga Jumaat 9.00pg hingga 1.20ptg
Petang Isnin hingga Khamis 1.40ptg hingga 6.00ptg
Petang Jumaat 2.15ptg hingga 6.35ptg