Kursus ini khusus bagi orang dewasa, berumur 18 tahun dan ke atas, yang mahu meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris mereka menerusi pelajaran yang memberikan tumpuan kepada penggunaan Bahasa Inggeris harian dengan topik-topik sebenar dan tugasan bahasa yang praktikal.

APA YANG AKAN ANDA PELAJARI?

Pelajaran anda akan bertumpu kepada penggunaan Bahasa Inggeris harian dengan topik-topik sebenar dan tugasan bahasa yang praktikal.

Bina keyakinan lisan dan mendengar anda 

  • Meningkatkan kemahiran lisan anda dalam situasi sebenar
  • Terima maklum balas peribadi mengenai pencapaian anda

Aktifkan Bahasa Inggeris anda di dalam kelas

  • Gunakan Bahasa Inggeris dalam kelas: sentiasa diamalkan!
  • Pelajari perkataan dan ungkapan penting untuk menyampaikan maksud anda
  • Latih sebutan di dalam kelas bagi membantu anda bertutur secara semula jadi

Lanjutkan pembelajaran anda ke luar kelas

  • Kukuhkan tatabahasa, perbendaharaan kata, kemahiran mendengar dan membaca anda dengan menyiapkan latihan dalam talian yang menyeronokkan dan interaktif berkaitan dengan pembelajaran anda dan terima maklum balas dengan segera.

Muat turun brosur kursus di sini

 

Kursus bahasa Inggeris di tempat kerja (separuh masa) di Pulau Pinang

Bahasa Inggeris di Tempat Kerja ialah sebuah kursus Bahasa Inggeris separuh masa dan telah ditambah baik yang direka bentuk khusus untuk orang dewasa yang bekerjaya dan pelajar di peringkat pengajian tinggi yang inginkan komunikasi berkesan dalam komunikasi harian. Jadual kelas ditetapkan di waktu petang adalah bagi memastikan program ini dapat dipadatkan dalam jadual harian orang dewasa dan pelajar yang sibuk tetapi ingin menambah baik Bahasa Inggeris mereka.

 

Course information

  • BERAPAKAH KEKERAPAN KELAS?

    Anda boleh memilih hari yang anda berhasrat untuk datang.

    • Malam pada hari bekerja
    • Pagi dan petang pada hujung minggu
  • BERAPA LAMAKAH SETIAP KELAS?

    90 minit

Pakej
Tempoh kesahihan kursus

Pakej Kesahan
20 Pelajaran (30 jam) 3 bulan

 

Empat sebab untuk belajar bahasa Inggeris dengan myClass

KEMUDAHAN
Dengan adanya profil peribadi myClass, anda dapat menempah pelajaran, mengakses sumber-sumber interaktif atau mengukur tahap kemajuan anda dengan mudah. Ini bermakna anda mampu mengendalikan kursus anda dan mengikuti perkembangan pelajaran anda tidak kira masa ataupun di mana jua anda berada.

LEBIH FLEKSIBEL
Anda boleh membuat tempahan untuk tarikh, masa dan topik serta guru atas talian bagi kelas yang dijalankan mengikut pilihan keutamaan dan jadual anda. Di samping itu, anda juga dapat mengubah pilihan anda sehingga 24 jam sebelum kelas bermula.

LEBIH BERBALOI
Anda boleh memilih pakej kursus mengikut bajet dan keperluan penggunaan bahasa anda. Dapatkan harga yang lebih rendah dengan penambahan jumlah pembelian.

myClub
Dapatkan keahlian percuma untuk program sosial aktif kami dan raikanlah masa bersama kawan-kawan baru dalam proses pembelajaran bahasa serta program sosial dan kebudayaan.

Struktur kursus
Peringkat

myClass berpandukan struktur bukan linear dengan kebebasan untuk memilih sepenuhnya pelajaran yang anda ingini dan mengikut turutan sendiri. Setiap tahap merangkumi 90 jam tuisyen bersemuka dengan lanjutan 60 jam pembelajaran dalam talian pilihan. Setiap pelajaran mengambil masa 1.5 jam, oleh itu untuk melengkapkan satu tahap anda perlu melengkapkan 60 pelajaran.

Tahap anda akan ditentukan oleh satu ujian penempatan bertulis dan ujian lisan bersemuka.

Tahap Tempoh (Jam)
Permulaan 90
Prapertengahan  90
Pertengahan 90
Pertengahan tinggi 90

 

BAGAIMANA SAYA BOLEH MELIHAT KEMAJUAN SAYA?

Di British Council, anda tidak belajar Bahasa Inggeris secara bersendirian. Guru-guru kami yang profesional akan membantu anda memantau kemajuan sepanjang kursus menerusi beberapa tugasan penilaian. Di penghujung setiap pelajaran, guru tersebut akan mengesyorkan topik pelajaran manakah yang sesuai dengan anda bagi membolehkan anda memaksimumkan pembelajaran dan meningkatkan kemajuan anda.

Setiap pelajaran yang ke-10, guru anda akan menilai kemajuan anda secara formal menerusi tugasan lisan di dalam kelas dan memuat naik markah anda ke laman web untuk anda log masuk dan periksa.

Selepas setiap pelajaran yang ke-20, anda boleh menempah sesi dengan seorang kaunselor yang akan membimbing anda secara individu berdasarkan kemajuan terkini anda dan apa anda boleh lakukan untuk meningkatkan penguasaan.

Di penghujung 90 jam pembelajaran, anda akan menerima sijil.