Kami memahami bahawa setiap pelajar kami mempunyai keindividuan masing-masing dan mempunyai cara pembelajaran yang berbeza. Tanpa mengira latar belakang anda dan sebab di sebalik kemahuan anda untuk mempelajari Bahasa Inggeris, kami mahu membantu anda. Kami percaya bahawa apabila anda belajar secara seronok di dalam kelas dan berkomunikasi dengan para pelajar lain diluar kelas, anda akan lebih mahir dalam mempelajari Bahasa Inggeris. Inilah sebabnya kami menganjurkan pelbagai acara sosial dan bengkel pembelajaran Bahasa Inggeris di samping pembelajaran di dalam kelas. Bukan sahaja akan kami mengajar anda Bahasa Inggeris, malah kami juga akan mengajar anda cara mempelajari Bahasa Inggeris. Ini merupakan kemahiran yang penting untuk membantu anda meneruskan perjalanan pembelajaran anda selepas menamatkan kursus ini. Kami berharap anda akan seronok belajar dengan kami.

Kursus-kursus yang ditawarkan