presentation tips

Kita bukan mengejar kesempurnaan, tetapi peningkatan setiap hari. Kami sentiasa berada di sisi bagi setiap langkah anda, supaya anda berada dalam landasan yang betul untuk mencapai matlamat.

Kami ikuti kemajuan anda

Kami sedar akan pentingnya kemajuan anda dalam mencapai matlamat. Guru-guru kami akan menyediakan panduan pakar di dalam kelas serta penilaian dan maklum balas bertulis.

Penilaian akan dibuat pada setiap 10 kelas apabila anda melengkapkan aktiviti bagi pelajaran tersebut. Perhatikan prestasi anda serta maklum balas yang diberi oleh guru menggunakan laman web atau app myClass.

Jadilah diri anda yang terbaik

Bawa pembelajaran anda ke dunia nyata. Selepas setiap kelas, guru anda akan menggalakkan anda untuk merenung kembali akan apa yang anda telah pelajari, supaya anda boleh lihat sendiri perjalanan anda setakat ini.

Amalan ini boleh membantu anda meningkatkan keberkesanan pembelajaran anda untuk pengalaman yang lebih berharga.

Bersama anda di sepanjang perjalanan

Jadualkan sesi percuma dengan penasihat akademik yang akan membantu anda melengkapkan pelan pembelajaran individu. Anda boleh jadualkan sesi seterusnya pada bila-bila masa sepanjang kursus, supaya anda boleh ubah pelan anda berdasarkan maklum balas, prestasi, dan keperluan anda.

Kongsi maklumat ini