business workshop

Apakah bengkel-bengkel tersebut?

Bengkel-bengkel ini mengambil masa 12 jam meliputi jangka masa 4 minggu dan telah direka bentuk secara khusus untuk meningkatkan kemahiran profesional anda yang boleh diamalkan di tempat kerja.

Bagaimana bengkel ini akan memanfaatkan saya?

Setiap bengkel akan bertumpu kepada satu kemahiran perniagaan yang khusus yang akan membantu anda memperkembangkan kemahiran-kemahiran profesional Bahasa Inggeris yang penting untuk membawa kerjaya anda ke tahap yang selanjutnya.

Maklumat-maklumat bengkel

  • 4 x sesi 3-jam, sekali seminggu meliputi jangka masa empat minggu
  • 6:20ptg - 9:35mlm pada waktu petang di hari minggu (Kuala Lumpur)
  • 6:15ptg - 9:30mlm pada waktu petang di hari minggu (Damansara)
  • Tahap: Perantaraan dan Perantaraan Atasan
  • Bengkel-bengkel akan diadakan di pusat kami di Kuala Lumpur dan Damansara

Dibuka kepada para pelajar yang tengah mempelajari atau telah mempelajari myClass.

Kuala Lumpur (Wisma Golden Eagle Realty)

No. Topik
1 Pembentangan yang Efektif
Dalam bengkel ini, anda akan mempelajari prinsip-prinsip utama dalam menyampaikan pembentangan yang efektif. Anda juga akan mengenal pasti kekuatan serta kelemahan anda sebagai seorang pembentang. Di penghujung bengkel ini, anda akan berasa lebih yakin dalam menyampaikan pembentangan.
2 Penulisan Emel dan Surat yang Lebih Baik
Dalam bengkel ini, anda akan mempelajari cara menyesuaikan emel dan suratcara anda untuk situasi dan penerima yang berbeza. Di penghujung bengkel ini, anda akan dapat menulis dengan lebih efektif dan profesional.
3 Penyelesaian Masalah dan Membuat Keputusan
Dalam bengkel ini, anda akan mempelajari penggunaan pelbagai jenis teknik-teknik dan peranti penyelesaian masalah. Di penghujung bengkel ini, anda akan lebih yakin untuk menyelesaikan masalah serta menambah baik proses-proses di tempat kerja anda.
4 Laporan-laporan yang Efektif
Dalam bengkel ini anda akan mempelajari cara penulisan laporan yang jelas, munasabah dan meyakinkan. Di penghujung bengkel ini, anda akan boleh menyunting dan menghasilkan laporan anda dengan lebih profesional.
5 Pembinaan perhubungan dan jaringan sosial
Dalam bengkel ini anda akan mempelajari teknik dan strategi untuk membina rangkaian dan perhubungan yang lebih efektif. Di penghujung bengkel ini anda akan lebih yakin dalam membina dan mengembangkan rangkaian hubungan anda dalam persekitaran profesional.
6 Keperluan Asas Penulisan Perniagaan
Bengkel komprehensif ini membekalkan anda dengan pemahaman asas untuk penulisan perniagaan moden yang membolehkan anda menulis pelbagai jenis dokumen dengan lebih efektif dan profesional.

Damansara (The Curve)

No. Topik
1 Penulisan Emel dan Surat yang Lebih Baik
Dalam bengkel ini, anda akan mempelajari cara menyesuaikan emel dan suratcara anda untuk situasi dan penerima yang berbeza. Di penghujung bengkel ini, anda akan dapat menulis dengan lebih efektif dan profesional.
2 Pembentangan yang Efektif
Dalam bengkel ini, anda akan mempelajari prinsip-prinsip utama dalam menyampaikan pembentangan yang efektif. Anda juga akan mengenal pasti kekuatan serta kelemahan anda sebagai seorang pembentang. Di penghujung bengkel ini, anda akan berasa lebih yakin dalam menyampaikan pembentangan. 
3 Penyelesaian Masalah dan Membuat Keputusan
Dalam bengkel ini, anda akan mempelajari penggunaan pelbagai jenis teknik-teknik dan peranti penyelesaian masalah. Di penghujung bengkel ini, anda akan lebih yakin untuk menyelesaikan masalah serta menambah baik proses-proses di tempat kerja anda.
4 Keperluan Asas Penulisan Perniagaan