myclass new

Bergerak maju di tempat kerja dan di sekolah, bersedia untuk IELTS, atau tingkatkan kemahiran sosial anda dalam bahasa Inggeris dengan pelajaran yang dibina oleh guru bertauliah. Apa pun jua cita-cita anda, capai kejayaan melalui pembelajaran yang berkesan.

Tunjuk ajar yang dipercayai, pembelajaran berkualiti

myClass membawa anda ke arah matlamat anda, dengan kaedah berkesan untuk mengajar kemahiran Bahasa Inggeris yang anda perlukan sehari-hari. Kelas kami dikendalikan oleh guru bertauliah yang memberikan nasihat pakar, memberi anda motivasi untuk menggunakan Bahasa Inggeris dengan lebih baik.

myClass memberi anda keyakinan untuk menggunakan Bahasa Inggeris dalam situasi yang penting buat anda.

Bina kemahiran buat hidup, ambil langkah menuju matlamat 

Apa pun jua cita-cita anda, penuhi keperluan pembelajaran anda dengan pelbagai pilihan pelajaran yang anda boleh ambil dalam mana-mana turutan, bila-bila masa yang sesuai untuk anda.

Terokai apa yang anda akan pelajari

Setiap pelajaran myClass adalah sepanjang 90 minit dan meliputi kemahiran bertutur, menulis, membaca, dan mendengar dalam Bahasa Inggeris. Dalam setiap pelajaran, anda akan belajar perbendaharaan kata dan frasa baru, berlatih sebutan dan tatabahasa, dan memperbaiki ketepatan anda.

Bagi pembelajaran yang efektif, anda akan belajar bersama pelajar-pelajar lain yang sama tahap dengan anda. Pelajaran-pelajaran Bahasa Inggeris kami adalah selari dengan Common European Framework of Reference (CEFR).

 

Pra-pertengahan (A2)

Contoh apa yang anda akan pelajari dalam Pra-Pertengahan (A2) adalah:

  • menyediakan dan memberi pembentangan
  • menulis e-mel dan surat
  • berkomunikasi dengan yakin di khalayak awam
  • membina cerita yang sempurna dan menarik perhatian
  • bercakap tentang impian dan cita-cita anda
  • mengendalikan pertanyaan, persetujuan dan penyelesaian

Pertengahan (B1)

Contoh apa yang anda akan pelajari dalam Pertengahan (B1) adalah:

  • menjalankan temuduga pekerjaan dan penilaianl
  • bercakap tentang impian dan pencapaian
  • menyertai seminar dan tutorial
  • menguruskan penulisan anda dengan efektif
  • membentangkan pelan tindakan atau penilaian projek

Pertengahan-atas(B2)

Contoh apa yang anda akan pelajari dalam Pertengahan-atas (B2) adalah:

  • memberi pendapat dan mendengar pandangan yang berbeza
  • menyelesaikan masalah di tempat kerja dengan efektif
  • merancang dan menulis laporan
  • mengendalikan perbualan berkaitan dengan pembangunan kerjaya
  • mengurus, merancang dan mengagihkan tugas di tempat kerja

Lanjutan(C1)

Contoh apa yang anda akan pelajari dalam Lanjutan (C1) adalah:

  • membuat jangkaan dan menganalisis trend
  • memainkan peranan aktif dalam mesyuarat dan perundingan
  • menerangkan dan menafsirkan data
  • membuat ucapan
  • menulis blog, e-mel, dan laman web